Tuesday, December 23, 2008

Zamil Idris singing Salam Terakhir

Zamil Idris singing Salam Terakhir by Sudirman at Istana Budaya, Kuala Lumpur. The performance is a preview for the Tribute Concert to Sudirman to be held in June 2009 at Istana Budaya.

Saturday, December 6, 2008

Zamil Idris singing You Raise Me Up

Zamil Idris singing You Raise Me Up by Josh Groban at The Curve to raise funds for Women's Aid Organisation (WAO).

Sunday, July 13, 2008

Zamil Idris - If I Ain't Got You

Zamil Idris singing "If I Ain't Got You" by Alicia Keys with a 'live' band at a wedding in Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur.

Sunday, June 8, 2008

Haji Mahadi, My Grandfather's Brother

Ever since my dad passed away, it has been difficult for me to ask anyone about our relatives. My dad was always the source of information, as he would know ALL of our family members. Our family is apparently REALLY BIG. If we were to have a wedding in the family, just imagine the movie "My Big Fat Greek Wedding" and it's like that, but BIGGER.

I was just browsing through the internet to see what I can find, and I stumbled upon this article. Haji Mahadi is my grandfather's brother, and we usually address him as Tok Ngah. He passed away when I was five years old so I didn't get a chance to remember him except through the movies he acted. According to my mum, he was tall and handsome, and had this aura about him which makes him look almost regal. No wonder he always played a dignitary, usually a Sultan in the movies.

Here's the article:


Haji Mahadi Pengarah Melayu Pertama
Oleh Zainuri Misfar

NAMA Haji Mahadi terpahat dalam catatan sejarah filem Melayu sebagai pengarah filem tempatan pertama menerusi filem arahannya iaitu Pertama Di Perlimbahan yang dikeluarkan oleh Malay Film Production pada 1952.

Filem ini membuka satu langkah baru kepada pengarah tempatan lain, terutama pengarah Melayu. Sebelum ini bidang pengarah filem dipelopori pengarah luar, terutama dari India dan Filipina. Filem Permata Di Perlimbahan dibintangi Nordin Ahmad yang berlakon buat pertama kalinya di sisi Maria Menado, Salmah Ibrahim, J Husny dan Suud Jr. Pembabitannya dalam dunia filem dikatakan sebagai kebetulan, apabila beliau tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem Penghidupan pada 1951.

Filem terbitan Malay Film Productions (MFP) diarahkan oleh (Datuk L Krishnan) dengan pelakonnya P Ramlee dan Rokiah. Sebelum itu, Haji Mahadi pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu pada 1939 ketika berusia sekitar 25 tahun. Di MFP, beliau sebenarnya tidak terus menjadi pelakon, tetapi bermula sebagai penterjemah, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan penolong pengarah. Bermula dari situlah, dengan masa yang dianggap singkat beliau dilantik menjadi pengarah utama dengan mengarahkan filem Pertama Di Perlimbahan.

Bagaimanapun, menyedari kebolehannya sebagai pengarah filem belum kukuh, beliau enggan meneruskan tugas itu. Beliau secara jujur pernah pernah berkata: “Saya perlukan pengalaman yang lebih lama.”

Selepas itu, Haji Mahadi kembali berjuang dalam seni lakonan. Hajatnya tercapai apabila beliau ditawarkan berlakon filem Istana Impian (1953) dan Hujan Panas pada 1954. Filem Hujan Panas agak istimewa kerana menyebabkan beliau mendapat gelaran seniman pembantu pujaan yang diberi berdasarkan satu undian nasional. Sejak itu beliau disanjung sebagai seniman serba boleh dengan mendukung peranan dalam beraneka cerita dan ragam, daripada orang tua, muda, baik, miskin, kaya dan sultan, semuanya dapat dilakonkan dengan baik.

Walaupun menerima sanjungan, Haji Mahadi tetap seorang yang merendah diri. Beliau tidak mudah lupa daratan, terutama kepada keluarga dan rakannya. “Tiada perkara yang dapat menyenangkan dan menggembirakan hati saya selain melihat keadaan aman dan tenteram kaum keluarga dan sahabat handai saya,” katanya.

Ketika zamannya, isu kafir mengkafir hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila beliau terbabit dalam bidang seni."Hukum agama kita, yang diakui Allah itu luas. Mengapa mesti disempitkan?" katanya apabila diminta mengulas isu itu.

Haji Mahadi daripada keluarga alimKETOKOHAN Haji Mahadi sewajarnya tidak patut dilupakan dalam perfileman nasional tanah air. Kemunculan awal beliau atau nama sebenarnya Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said dalam dunia filem Melayu agak unik. Kalau orang lain seperti P Ramlee, S Roomai Noor, Omar Rojik atau M Amin menjadi pelakon terlebih dulu sebelum dilantik sebagai pengarah. Bagaimanapun, Haji Mahadi bermula sebagai pengarah kemudian menjadi pelakon. Beliau menjadi pelakon selepas mengarahkan filem Permata di Perlimbahan, tetapi berasakan dirinya masih kekurangan pengalaman, beliau enggan meneruskan kerja itu. Sebaliknya beliau memilih menjadi pelakon saja.

Pada mulanya hanya sebagai pelakon pembantu saja dan filem pertama lakonannya ialah Hujan Panas. Sejak itu, dia mula melakonkan pelbagai watak. Malah Haji Mahadi terkenal dengan watak sebagai seorang Sultan.

Antaranya, menjadi Sultan Mansur Shah dalam filem Hang Tuah pada 1956; memegang watak Tun Jana Khatib menerusi filem Singapura Dilanggar Todak (1962); menjadi raja untuk Indera Bangsawan atau sultan dalam filem Raja Laksamana Bintan (1959). Beliau pernah melakonkan watak iblis dalam filem Iman (1954), sebagai Pak Lebai menerusi filem Budi Dan Dosa (1963), atau seorang kaya yang tamak haloba dalam filem Ribut (1956). Bersama P Ramlee dan S Kadarisman, Haji Mahadi sebagai Abdul Wahab menerusi filem Tiga Abdul (1964).

Haji Mahadi mengakui orang seni tidak semestinya datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang seni. Kemunculan beliau membuktikan ada orang seni datang daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya .Ini kerana bapa beliau adalah seorang yang alim dan warak serta terkenal sebagai pendukung kemuliaan agama yang murni.Kemuliaannya masih disanjung hingga sekarang.

Haji Mahadi adalah salah seorang anaknya yang lahir di Kampung Merbuk, Negeri Sembilan pada 1914. Beliau kemudian menuntut ilmu di Makkah sejak berusia 13 tahun.Beliau anak kelapan daripada 15 beradik. Antara saudaranya ialah Ahmad Mohd Said iaitu bekas Mufti Besar Negeri Sembilan; Redza sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Malaysia dan Abdul Rashid seorang guru agama terkenal di Singapura dan Malaysia.

Haji Mahadi dikatakan anak paling disayangi. Ciri-ciri fizikalnya seperti berwajah tampan dan berkulit cerah kekal hingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak mensesiakan pengetahuannya dalam ilmu agama kerana banyak murid yang berguru dengannya.Selang beberapa tahun kembali dari Makkah, Haji Mahadi menukar haluan hidupnya.“Bukan kerana saya tak suka menjadi guru agama, tetapi, ialah sebab pada ketika itu saya rasa diri saya serba kekok kerana dipuja orang yang lebih tua daripada saya,” katanya.Beliau pernah ditanya apa bezanya seorang tokoh agama dengan pelakon, dan menjawab, “Cara pemujaan antara kedua-dua itu berbeza.”

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Haji Mahadi pernah berlakon hampir 76 filem. Antara yang dikenali ialah Hang Tuah (1956), Indera Bangsawan (1961), Si Tanggang (1961), Budi Dan Dosa (1962), Tiga Abdul (1964), Jebat Maut (1967) dan Raja Bersiong (1967).

Profil

Nama Penuh: Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said

Asal: Kampung Merbuk, Negeri Sembilan

Tahun Lahir: 1914

Pendidikan: Madrasah al-Falah, Makkah

Tahun Meninggal Dunia: 20 Februari 1983

Filem: (Antaranya) Iman (1954), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Raja Laksamana Bintan (1959), Lela Manja (1960), Isi Neraka (1960), Singapura Di Langgar Todak (1962), Tiga Abdul (1964), Dayang Senandong (1965), Anak Buloh Betong (1966) dan Raja Bersiong (1967)

Sunday, June 1, 2008

Jaclyn Victor & Zamil Idris singing The Prayer

Zamil Idris and Jaclyn Victor singing "The Prayer" for the National Cancer Society of Malaysia's Relay For Life 2009 at MSN Stadium Bukit Jalil. "The Prayer" was made popular by Andrea Bocelli & Celine Dion.

Wednesday, May 21, 2008

Zamil Idris singing "Fly Me To The Moon"

Zamil Idris singing "Fly Me To The Moon" with the 'live' band from Mosaic Music Entertainment for Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 25th anniversary charity dinner for the Sultan of Pahang.

Wednesday, April 23, 2008

Zamil Idris - Angin Malam

Zamil Idris singing "Angin Malam" by Broery Marantika for the 3rd Asia-Europe Ministers (ASEM) Meeting Gala Dinner, hosted by the Ministry of Unity, Culture, Arts & Heritage, held at Kompleks Kraf Malaysia.

Friday, April 11, 2008

Harian Metro: Kenangan Indah Aidilfitri

Kenangan Indah Aidilfitri
oleh Norhayati Nordin

SETIAP kali hadirnya Aidilfitri, pelbagai kenangan indah menerjah fikiran. Malah, situasi yang berbeza itu kalau dapat dikongsi bersama, pasti hebat. Apa tidaknya, setiap tahun sudah tentu banyak peristiwa dilalui sama ada yang manis atau sebaliknya.

Justeru, tiga pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, 36, Ahmad Zamil Mohd Idris, 30, dan Hisham Salleh, 27, sedia berkongsi cerita raya mereka. Masing-masing mempunyai kisah yang menarik.

Sayed Munawar yang mengacarakan Selamat Pagi Malaysia (SPM), berkata sejak berkeluarga, Aidilfitri dirai cukup meriah kerana isteri dan anak. Malah, menjadi kebiasaannya sekeluarga memasak juadah bersama dan istimewanya ia resipi buatan sendiri.

“Setiap tahun begitulah keadaannya. Ada saja juadah baru dicipta dan apa ‘rasanya’ ditolak tepi. Sedap atau tidak, bukan perkara utama kerana yang penting ia menjadi. Alhamdulillah, setakat ini juadah dimasak itu membuka selera untuk dinikmati.

“Saya sangat suka memasak. Disebabkan itu, memang tiada resipi khusus dimasak setiap kali Aidilfitri kerana menunya sentiasa berubah. Dalam soal ini, saya gemar mencuba sesuatu yang baru dan salah satunya diperoleh daripada masakan,” katanya.

Bapa tiga anak ini berkata, dia bertuah kerana isteri dan anak tiada masalah. Setakat ini, mereka tidak membantah apa yang dilakukan. Malah, seronok apabila juadah itu dinikmati seisi keluarga dan ia mengeratkan lagi kasih sayang.

Bagi Hisham pula, kenangan meraikan Aidilfitri di negeri kelahirannya, Sarawak sangat menyeronokkan. Katanya, di sana hari raya akan dirai selama sebulan sama seperti Ramadan. Malah, tempoh itu memang sentiasa diadakan rumah terbuka.

“Budaya kunjung-mengunjung satu keutamaan. Selagi dalam ‘mood’ hari raya, semua orang digalakkan berziarah ke setiap rumah. Selalunya, Aidilfitri pertama akan membabitkan kunjungan di rumah sanak saudara dan hari berikutnya kediaman rakan.

“Pelbagai juadah kuih-kuih dihidangkan. Justeru, kalau keluar rumah dengan perut kosong, bila balik pula sudah kenyang. Di Sarawak, begitulah keadaannya dan ia sangat meriah. Terus-terang, saya amat merinduinya kerana di Kuala Lumpur tidak ada,” katanya.

Pemuda kelahiran Miri dan pengacara baru SPM ini berkata, zaman kanak-kanak lagi seronok. Berkunjung ke setiap rumah bukan saja hendak makan kuih tetapi mencari duit raya. Malah, tidak ketinggalan bermain mercun dan bunga api.

Sementara itu, Zamil yang mengacarakan Hello On Two (HOT) di RTM2, berkata sambutan Aidilfitri bersama Allahyarham bapanya, Datuk Idris Ibrahim tidak dapat dilupakan hingga kini. Katanya, sangat seronok dan saat itu amat dirindui.

“Ketika ayah masih ada, rumah sentiasa meriah. Sambutannya hebat kerana kami sekeluarga akan bergandingan menyediakan segalanya. Namun, sekarang sudah berbeza kerana sejak ketiadaan ayah, tidak macam dulu lagi. Kurang seronok.

“Jadi, saya senang bersederhana. Kami sekeluarga buat apa saja yang menjadi tradisi sebelum ini seperti balik beraya di Seremban pada Aidilfitri pertama. Bertemu sanak- saudara di kampung sedikit sebanyak menghiburkan,” katanya.

Menyentuh perkembangan karier nyanyiannya, Zamil yang pernah menyertai program realiti TV, Malaysian Idol musim pertama berkata, album solonya masih dalam proses.

Katanya, dia tidak mahu tergesa-gesa kerana mahukan hasil terbaik dan berkualiti.

Monday, February 18, 2008

Zamil Idris singing "Ku Cari Damai Abadi" with the National Choir

Zamil Idris singing Ku Cari Damai Abadi, accompanied by Koir Kebangsaan (National Choir) and five grand pianos on stage, at Istana Budaya Kuala Lumpur for Konsert Barisan Budi Malaysia. Ku Cari Damai Abadi is a poem written by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Monday, February 4, 2008

Zamil Idris singing "Dendang Remaja" by A Romzi

Zamil Idris singing Dendang Remaja by A Romzi with the orchestra and dancers at Istana Budaya for the Konsert Gala DiRaja 'KL Kaleidoscope' (Royal Gala Concert) in conjunction with Hari Wilayah (Federal Territories Day).

Saturday, February 2, 2008

Zamil Idris singing "Fly Me To The Moon" by Tony Bennett

Zamil Idris singing Fly Me To The Moon by Tony Bennett with the orchestra at Istana Budaya as a rehearsal for the Konsert Gala Di Raja 'KL Kaleidoscope' (Royal Gala Concert) in conjunction with Hari Wilayah (Federal Territories Day).